Ahad, 7 Jun 2015

Menutup Aurat Dengan Sempurna

Cerita dia macam ni,

Nur Faridah merupakan seorang remaja perempuan berusia 20an yang bekerja di sebuah syarikat di Malaysia ini.

Ok, beliau adalah seorang perempuan yang baik tetapi belum berjaya menutup aurat nya dengan sempurna. Walaupun beliau memakai tudung tetapi perkara lain masih lagi belum sempurna seperti kaki serta baju seluar yang ketat.

Satu hari Nur Faridah terfikir, bagaimana jika dia mati sebelum dia sempat menutup aurat dengan sempurna? Apakah nasibnya di negeri akhirat yang kekal abadi kelak?

Nur Faridah pon berdoa kepada Allah dan menanam niat di dalam hati untuk berubah dan cuba untuk menutup auratnya dengan sempurna sebelum beliau meninggal dunia.

Beliau memulakan dengan memakai tudung yang besar (aku tak tahu saiz) sedikit berbanding dengan yang sedia ada diambil dari dalam kotak simpanan pakaian nya hadiah pemberian daripada mak cik nya. Baju dan seluar tidak lagi yang menampakkan peha dan bentuk badannya.

Pada mulanya beliau tergelak sendiri dengan perwatakan dirinya yang berubah tapi beliau cuba melawan perasaan itu. Tudung yang bersaiz besar itu pon ade dalam 3 helai sahaja. Beliau mencari jalan, google mencari tips bagaimana perempuan menutup aurat dengan sempurna. Rupa nya banyak blog-blog dan laman sesawang yang kongsi cara tersendiri siap ade jual online tudung dan baju lagi.

Menangis beliau kerana kejahilan sebelum ini.

Di tempat kerja beliau ditertawakan kerana cuba mengubah perwatakan beliau sehingga terpaksa makan seorang diri di waktu lunch sambil menitik air mata beliau kesedihan. Baru beliau terfikir bahawa nak buat perkara baik ni pasti ade ujian yang hebat. Di ejek, di tertawakan namun beliau dapat belajar satu lagi perkara iaitu nikmat sabar yang mana Allah je yang tahu.

Tudung yang bersaiz besar tersebut tidak banyak dan masih belum kering, beliau mulai panik kerana esok hari beliau tak sanggup nak ke pejabat menggunakan tudung yang singkat. Namun tanpa disangka-sangka petang itu posmen hantar tudung yang di beli online di depan pintu. Tak de ape beliau mampu cakap selain Alhamdulillah dan terima kasih pada Allah. Sesungguhnya Allah akan menolong hambaNya yang sedang berusaha memperbaiki dirinya. Track no pon xde, x tahu status barang ade kat mane dah 2 hari follow up, tiba2 boleh sampai. Pelik bukan?
Itulah kuasa Allah.

Walaupun perubahan tidak dilakukan secara drastik, beliau terus kan juga kali ini memakai sock hand (stokin tangan) dan juga stokin kaki.
Setelah mendisiplinkan diri dengan perwatakan yang baru, beliau berjaya mendapat kawan yang banyak membantu serta membimbing beliau dan kerap ke surau dan masjid untuk majlis ilmu.
Antara nikmat yang diperolehi dengan menutup aurat secara sempurna adalah beliau semakin dihormati di tempat kerja, naik lif orang bagi jalan, lelaki tak nak jeling sangat dan rase selamat.

Apa yang ditakuti beliau adalah hidayah itu milik Allah dan Allah bila-bila masa sahaja boleh tarik perubahan pada diri beliau.

Tambahan beliau berkata, kita tidak boleh mempersenda mereka yang masih belum menutup aurat dengan sempurna kerana mungkin mereka lebih sempurna daripada diri kita ini jika Allah mencuit hati mereka. Bantuah mereka kerana mati itu benar, azab neraka itu benar dan Allah dah berjanji dengan pembalasan setiap hambaNya.

Kita ni sebagai suami kepada isteri dan juga ayah kepada anak-anak mestilah sentiasa ingat akan perkara seperti ini. Insyaallah....
sedikit perkongsian...
-hamba Allah-