Rabu, 3 Jun 2015

Kukur Kelapa


Jam menunjukkan hampir ke pukul 1 tengah hari. Dengan perut yang lapar tiba-tiba teringat pulak masakan ibunda di kampung halaman. 

LoLz....

Tidak di nafikan, dalam banyak-banyak masakan, masakan ibunda adalah terbaik. Ni lah contoh cara menyediakan masakan kampung menggunakan kukur kelapa tanpa perlu ke kedai untuk mesin kelapa.

Waktu ni sebelum raya, gotong royong anak cucu nak sangat merasa masakan kampung cara original.

 -kihkihkih-

Selamat menjamu selera dan solat zuhur bagi yang beragama islam.





"pakcik dan senyuman"

Selepas maghrib hari ini (31 Mei 2015) seperti biasa menyambung kerja yang masih belum selesai sambil membawa rakan sekerja yang baru untuk dilatih.

Nampaknya rakan sekerja yang baru menunjukkan minat yang mendalam untuk mempelajari berkaitan kerja yang perlu dilakukan. Alhamdulillah.....

Setelah 2 jam kerja kami pon selesai menyipakan kerja dan bersedia untuk balik. Tetapi kami juga manusia biasa yang kalah dengan tenaga dan cuaca seperti hujan lebat yang baru sahaja reda. Kami berasa seperti 20 tahun tidak bertemu nasi.

Kami singgah di sebuah tempat makan di sekitar kampus ini sebelum pulang ke rumah untuk mencari sedikit makanan. Suasana nya agak meriah tambahan pula baru lepas hujan.
Kami mendapatkan air limau panas segelas seorang dan juga nasi ayam penyek. Rakan sekerja mengeluarkan limau dari cawannya dan meletakkan di atas meja manakala aku dah tak tengok kiri kanan terus dengan ayam penyek aku. Alhamdulillah...nikmat sungguh Allah bagi.

Tiba-tiba datang seorang pak cik lingkungan umur 60an dengan menolak troli berisi pinggan kotor dan sisa makanan ke arah kami sambil tersenyum dia datang dan mengutip limau di atas meja kami sambil berkata "maaf kan pak cik, pakcik nak kutip sampah ni, kerja orang bodoh macam saya ni".

~~gluppp~~(terhenti kunyahan aku 5 saat)

Allahuakbar....berhabuk pulak kat tempat makan ni. Pedih mata.

Selesai makan, aku letak sendiri pinggan kat tempat sisa, pak cik tu tegur aku. "Awak belajar je, dah makan awak tinggal. Nanti pakcik kutip pinggan tu".

Tak de ape yang aku dapat tengok kat wajah pak cik tu selain senyuman dia yang begitu tenang walaupun cuma bekerja mengangkat pinggan dan sisa makanan.

Besar nikmat Allah bagi pada hambaNya tanpa membezakan yang pandai mahupun kurang pandai.
Rumah yang buruk beralaskan tikar itu lebih selesa dan nyenyak tidurnya dibandingkan rumah yang mewah serta tilam yang empuk kerana kurangnya hutang dan masalah. (Dr Maza).
Assalammualaikum.....dan Salam Sejahtera....

Apa kabar anda semua..harap sihat dan di dalam peliharaan Allah Yang Maha Esa.

Salah dan silap mohon tegur dan tunjuk ajar.